Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan membongkarkan siapa sebenarnya DO1 atau 'Dalang Official 1' yang melobi Amerika Syarikat supaya membangkitkan kembali isu penyelewengan 1MDB yang kini masuk ke siri dua.
Mohd Puad juga mahu kerajaan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap DO1 dengan menahan mereka di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).
"Kita mahu kerajaan bertindak tegas kepada pengganas persepsi, pengganas ekonomi kerana mereka berbohong kepada rakyat.
"Bongkarkan siapa sebenarnya DO1 atau 'Dalang Official 1' dan gunakan POCA untuk mengambil tindakan kepada DO1. Kerajaan tidak boleh lagi berkompromi dengan mereka," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat 2017 hari ini.
Kata Mohd Puad lagi, isu 1MDB adalah nyawa kepada pembangkang kerana mereka telahpun mengadakan siri jelajah penerangan ke negeri-negeri bagi mengelirukan rakyat.
Jelasnya, itulah sebenarnya kekuatan mereka jika rakyat keliru setelah mereka sukar menumbangkan BN melalui proses pilihan raya.
"Dan sebagaimana mereka sedang memulakan siri ke negeri-negeri membincangkan soal 1MDB, kita tahu 1MDB adalah nyawa kepada mereka. Jika mereka gagal meyakinkan rakyat dengan 1MDB, mereka tidak boleh mengelirukan rakyat.
"Kekuatan mereka hanya jika rakyat keliru. Matlamat mereka adalah mesti rakyat keliru. Jika rakyat keliru dan bila rakyat terus keliru, itulah sahaja membantu mereka menumbangkan kerajaan ini.
"Mereka sukar menumbangkan kita melalui proses pilihan raya. Sebab itu, berhati-hatilah," katanya.
Persidangan bahagian Umno yang pertama itu dirasmikan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment