Write For Us

Bonus RM500 untuk penjawat awam, RM250 untuk pesara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah.
Katanya, bayaran itu sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
“Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas sumbangan mereka dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara.
“Sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi kesemua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka, kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah.
“Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Lim, jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment