Write For Us

Bos SPRM pernah mengakui sebagai orang Indonesia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull hari ini mengakui bahawa beliau pernah malu menjadi rakyat Malaysia akibat gejala rasuah yang serius di negara ini.
Katanya, rasuah di Malaysia pernah mencapai tahap yang terlalu membimbangkan dan persepsi negara semakin merosot.
“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.
“Saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang. Tengok, rasuah di Malaysia (pada tahap) membimbangkan,” katanya semasa forum rasuah yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini.
Memetik Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) yang jatuh daripada 52 peratus pada tahun 2014 kepada 47 peratus pada 2017, beliau berkata: "Ia makin buruk".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment