Write For Us

Buang gaya hidup elit, 'Puan Sri' nekad selamatkan alam sekitar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) hari ini menegaskan bahawa usaha untuk memelihara hutan dilakukan untuk kepentingan negara dan bukan satu jenayah.
Presiden PEKA, Puan Sri c berkata beliau mahu berkongsi pengalamannya kepada orang awam bahawa bagaimana sungai, yang merupakan sumber air semula jadi, boleh hilang akibat kerakusan aktiviti pembalakan.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.
Jelasnya, pelbagai cara untuk menjana pendapatan kerajaan, contohnya melalui 'eco-tourism', dan bukannya memusnahkan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan.
Menurutnya lagi, beliau tidak mahu menjadi sebahagian 'Puan Sri' yang hanya hidup selesa dengan gaya elit, tetapi memilih untuk turun ke lokasi dalam memperjuangkan agenda pemuliharaan alam sekitar.
Merujuk kepada penahanannya oleh pihak polis Johor pada Disember tahun lalu, beliau berkata ini hanya membuktikan bahawa perjuangannya memelihara alam sekitar hanya akan menjadi lebih getir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment