Write For Us

Buat azam tahun baharu jayakan negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamed berharap azam tahun baharu yang dibuat bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga untuk menjayakan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2030.
Perdana Menteri berkata jika semua pihak termasuk jentera kerajaan berusaha bersungguh-sungguh, Malaysia akan mencapai matlamat untuk berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.
Bagi mencapai matlamat itu, Dr Mahathir berkata, Malaysia akan menceburi bidang canggih supaya Malaysia akan dilihat sebagai negara maju yang moden dan boleh bersaing dengan negara maju lain.
Ketika ini, katanya, bidang teknologi Malaysia sudah mampu mengambil bahagian dan mengeluarkan barangan sendiri.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata barisan Kabinet dan pegawai kerajaan perlu menjalin kerjasama erat bagi memastikan segala dasar untuk membangunkan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment