Write For Us

'Buat demo di Stadium Kelana Jaya bukan di PJ'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Polis mencadangkan penganjur himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokasi yang akan berlangsung Sabtu ini di Padang Timur Petaling Jaya supaya menukar lokasi baru ke Stadium Kelana Jaya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima empat laporan polis daripada penduduk sekitar.
Selain itu, katanya, lokasi Padang Timur tidak sesuai untuk perhimpunan besar.
“Kita telah buat keputusan kita tak akan perakukan permohonan yang dipohon atas banyak alasan.
“Kita ada terima beberapa laporan polis daripada penduduk setempat, tidak kurang empat laporan polis oleh warga sekitar kerana lalu lintas yang akan menyukarkan penduduk sekitar,” katanya.
Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara Breakfast Talk Integriti bertajuk “Kelestarian Keamanan Negara, Perspektif Integriti” di Pusat Latihah Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, Padang Timur hanya boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu masa sedangkan penganjur menyasarkan kehadiran seramai 100,000.
“Kita tak perakukan tapi kita beri cadangan ia diadakan di Stadium Kelana Jaya kerana lebih tersusun, dia (penganjur) lebih mudah buat kawalan.
“Kita pun mudah buat kawalan maklumlah perhimpunan yang berlaku sekarang apa-apapun boleh terjadi,” katanya.
Pembangkang menganjurkan perhimpunan itu bagi menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan saman sivil Inisiatif Pemerolehan Kembali Aset Kleptokrasi (KARI), Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment