Write For Us

'Buat mesyuarat di rumah waktu malam, akan bawa pelbagai interpretasi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan agar mengutamakan kepentingan rakyat berbanding melibatkan diri dalam isu kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan masalah dalaman PH perlu diselesaikan sendiri oleh pemimpin gabungan tersebut.
Najib juga menjelaskan tumpuan terhadap kepentingan rakyat itulah yang memberi kemenangan besar kepada BN pada PRK Tanjung Piai.
"Kita perlu memberi fokus kepada peranan kita sebagai pembangkang iaitu untuk juarai kepentingan rakyat. Itu adalah perkara paling penting.
Najib mengulas mengenai pertemuan diadakan di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Putrajaya pada Isnin malam, yang dikatakan membabitkan sekurang-kurangnya 22 anggota parlimen BN.
Antara pemimpin BN yang hadir pada pertemuan yang diadakan di kediaman Azmin di Putrajaya itu ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment