Write For Us

Buaya sesat masuk longkang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Penduduk di Jalan Seri Gadong, Pulau Gadong, Melaka gempar dengan penemuan buaya tembaga kira-kira dua meter dengan berat 60 kilogram, dipercayai sesat di longkang kawasan itu pada Rabu, 6 November.
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, penduduk, Ngoi Sew Ha, 20-an, terkejut dengan kehadiran reptilia terbabit selepas terdengar bunyi bising dari arah longkang berdekatan kedai makan sebelum melaporkannya kepada pihak berkaitan.
Katanya, dia yang sedang membantu ibu bapanya berniaga di situ terdengar bunyi bising dari longkang berkenaan sebelum dikejutkan dengan haiwan itu.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah menangkap haiwan berkenaan yang dipercayai sesat dari sungai terletak kira-kira 300 meter dari kawasan longkang itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment