Write For Us

Budayakan amalan berani menegur, jaga kebersihan - Zuraida

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan kempen yang menggalakkan amalan tegur menegur dalam aspek kebersihan agar orang ramai berani menegur individu yang didapati membuang sampah sesuka hati, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.
Katanya budaya tegur menegur terutama dalam aspek kebersihan perlu menjadi amalan masyarakat negara ini.
“Saya akan lancarkan kempen ‘Saya Berani Menegur’ agar rakyat Malaysia berani menegur dan yang ditegur tidak akan marah.
“Kita mahu pastikan negara bersih dan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara progresif kerana kebersihan adalah penting’,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Little River Festival 2019’ di sini hari ini.
Katanya negara memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk yang berani menegur agar budaya tersebut menjadi amalan yang datang dari diri sendiri bukannya penguatkuasaan.
“Kita tidak boleh bergantung kepada pegawai penguat kuasa sahaja, ia tidak akan berjaya. Kita akan libatkan badan bukan kerajaan (NGO) and pastikan ia bukan sekadar program ‘touch and go’,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment