Write For Us

Bukan Melayu tak setia: 'Pendirian Dr M tak munasabah, tak adil pada rakyat M'sia'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyeru rakyat menolak pendirian bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia yang bukan Melayu tidak mempunyai kesetian penuh kepada negara.

Bercakap dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata kenyataan Mahathir itu tidak munasabah dan tidak adil kepada orang bukan Melayu.

Mahathir menarik perhatian ramai baru-baru ini ekoran temu bual yang dilakukanya dengan stesen TV satelit India, Thanthi TV.

Mahathir secara terbuka menganggap rakyat Malaysia yang bukan Melayu tidak mempunyai kesetiaan penuh kepada negara ini dan menuding jari kepada "pendatang" yang dianggapnya terus mengamalkan budaya serta adat masing-masing meskipun sudah menjadi warganegara Malaysia.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=tX1ZxRjm3eE
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment