Write For Us

Bukan Rafizi lantik saya, bidas Hishammuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilihat cuba melaga-lagakan dirinya dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelantikannya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas berkuat kuasa hari ini.
Kata Hishammuddin, Rafizi terkenal dengan seorang 'pemutar belit' kerana menyamakan senario jawatan tersebut sekarang dan sewaktu dahulu.
"Itu spin Rafizi, saya tahu. Tapi kerja dia pun, apa yang susah sangat, bukan dia yang lantik saya.
"Apa yang berlaku hari ini tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku pada masa ketika itu.
"Rafizi tidak akan berjaya cubaan melaga-lagakan," kata Hishammuddin.
Beliau berkata demikian pada pemberita di pejabatnya hari ini.
Terdahulu, Hishammuddin menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, di Jabatan Perdana Menteri sebagai satu penghormatan dan kepercayaan yang cukup dihargainya.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga bersetuju dengan pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Tegasnya, pelantikan tersebut tidak ada kaitan dengan pilihan raya umum.
Pelantikan itu membolehkannya menjalankan tugas selain tanggungjawabnya beliau sebagai Menteri Pertahanan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment