Write For Us

'Bukan sahaja Zakaria, Isa Samad juga wajar bercuti'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyarankan dua orang besar yang berseteru di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) supaya bercuti bercuti sementara supaya siasatan dapat dijalankan.
Katanya, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad perlu direhatkan sementara waktu bagi memberi laluan siasatan yang adil.
"Saya ingin mencadangkan Isa Samad harus bercuti sepanjang penyiasatan ini dibuat, mesti kedua-dua pihak. Datuk Zakaria Arshad bercuti, Isa Samad pun bercuti," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA hari ini.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FGV Zakaria untuk bercuti serta merta.
Lembaga Pengarah Syarikat itu turut mengeluarkan arahan kepada Zakaria untuk melepaskan dua jawatan dipegangnya, susulan siasatan tunggakan bayaran oleh sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, anak syarikat FGV.
Ibrahim turut mencadangkan agar diwujudkan satu pasukan penyiasatan berwibawa melibatkan Felda yang bukan sahaja menyiasat apa yang berlaku tetapi mengambil tindakan yang drastik bagi menyelamatkan FGV.
"Kita dah bosan dengar kenyataan segala-galanya tak ada masalah, ok, berkembang maju, tuduhan tidak betul dan fitnah tapi bila sampai masanya (ada isu) meletup," kesalnya.
Bekas Anggota Parlimen Pasir Mas itu turut menambah, isu membabitkan FGV ini adalah satu isu yang memalukan kerana ia membabitkan duit pemegang saham termasuklah peneroka sendiri.
"Ini ratusan juta ini membabitkan peneroka-peneroka yang berhempas-pulas di bawah matahari terik, di bawah ribut, dalam hutan belantara, mereka membuka tanah rancangan.
"Dan ada simpanan melabur dalam FGV yang diberi jaminan tetapi malangnya kita dapati harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment