Write For Us

Buku seperti Satanic Verses patut diharamkan - Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan dasar mengharamkan sesuatu buku, tetapi pengecualian harus dibuat untuk tajuk tertentu seperti Satanic Verses, karya penulis Inggeris, Salman Rushdie.
“Saya mewakili pandangan ini saya hanya bagi pandangan. Saya tidak cenderung terikat terhadap isu-isu pengharaman ini melainkan buku Satanic Verses, itu lainlah.
“Menghina mengecam agama dan nabi-nabi, Islam dan bukan itu harus kita jaga, pelihara. Kalau dari segi pandangan berbeza sedikit kita beri ruang kreatif itu orang boleh berfikir,” katanya semasa sidang akhbar di pejabat barunya di Petaling Jaya.
Anwar, yang baru-baru ini memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding, sebelum itu berjumpa dengan sekumpulan sasterawan dan karyawan serta penulis yang menimbulkan kebimbangan mereka mengenai isu-isu berkaitan bahasa Melayu dan seni.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment