Write For Us

Bulan Kebangsaan: 'Satu rumah sehelai Jalur Gemilang' - Fahmi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Kementerian Komunikasi akan mengetengahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG), bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan, tahun ini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata usaha mengibarkan bendera Jalur Gemilang, perlu bermula dari rumah yang menjadi tempat paling selamat untuk diduduki keluarga tersayang.

Beliau berkata perkara ini penting, kerana Jalur Gemilang merupakan simbolik kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia, yang mana ia akan dikibarkan pada setiap detik kejayaan yang ditempa di seluruh dunia.

Sumber video: https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASI/videos/1157536275387328
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment