Write For Us

Buruh Indonesia didakwa miliki bahan IS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
SEORANG warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Georgetown, pada Jumaat, 31 Januari, atas pertuduhan memiliki item berunsur keganasan dan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), awal bulan ini.
Irwanzir, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Januari lalu.
Tertuduh yang berasal dari Acheh, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan dilucuthakkan mana-mana item itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment