Write For Us

Cadang Amira lindung Islam, Raja-raja Melayu - Perkasa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
165 Views
Published
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan agar kerajaan merangka undang-undang khas bagi melindungi Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Raja-raja Melayu.
Akta yang dicadangkan itu dinamakan sebagai Akta Menghina Islam dan Raja-raja Melayu (Amira).
Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata penghinaan terhadap Islam dan Raja-raja Melayu serta tindakan mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara segera.
"Kita lihat perkara ini semakin menjadi-jadi selepas ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dimansuhkan," katanya dalam sidang media sempena persidangan agung tahunan Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Justeru, katanya lagi, Amira akan mengambil semangat ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara, tetapi dengan tempoh 30 hari berbanding 60 hari dalam ISA.
ISA dimansuhkan kerajaan pada 2011 dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Terdahulu Ibrahim dalam ucapannya menggesa kerajaan agar mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang menurutnya penting untuk memelihara keharmonian negara.
Beliau menyifatkan langkah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memansuhkan akta itu ibarat membuka ruang kepada rusuhan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment