Write For Us

'Cadangan beri lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan belum muktamad'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terdapat kekeliruan yang dilaporkan dalam media portal berhubung isu deposit melalui lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.
Kata Abdul Rahman, rumah tersebut tidak menjadi milik syarikat pinjaman berlesen, tetapi tetap menjadi hak milik institusi perbankan.
Ujarnya, cadangan tersebut memberikan keselesaan kepada pembeli rumah yang tidak mendapat deposit yang mencukupi untuk membeli rumah.
Semalam, Kabinet telah mengarahkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar untuk mengkaji kadar faedah dan tempoh pembayaran balik agar tidak membebankan rakyat.
Kajian tersebut melibatkan cadangan Noh sebelum ini untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan dengan kadar faedah setinggi 18 peratus sehingga mendapat bantahan banyak pihak.
Selain itu, Noh berkata, kementerian beliau turut diarahkan untuk mengkaji keberkesanan polisi dalam membantu rakyat untuk membiayai pembelian rumah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment