Write For Us

Caj perkhidmatan 8% skim Hijrah Selangor munasabah - Exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Kerajaan Selangor menyifatkan caj perkhidmatan lapan peratus yang dikenakan oleh Hijrah Selangor bagi pinjaman mikro adalah munasabah sekalipun caj itu lebih tinggi berbanding kadar yang ditawarkan institusi kewangan komersial lain.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri, Amirudin Shari berkata ini kerana caj termasuk pelaksanaan latihan dan kursus keusahawanan para peminjam.
Hasil kutipan caj itu juga digunakan untuk menampung kos pengurusan termasuk pengubahsuaian pejabat serta bayaran gaji kepada 233 kakitangan Hijrah Selangor, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) mengenai program Hijrah Selangor yang mengenakan kadar faedah lapan peratus berbanding pinjaman-pinjaman untuk sektor industri kecil dan sederhana yang ditawarkan oleh bank-bank komersial yang mengenakan kadar faedah sekitar empat hingga lima peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment