Write For Us

Cantik, pembangkang nak 'test drive' Boyue dulu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Suasana pameran kereta buatan China, Geely di perkarangan luar bangunan Parlimen hari ini 'diserbu' bukan sahaja wakil rakyat kerajaan, malah juga pembangkang.
Pameran kereta jenis Boyue itu mendapat reaksi positif daripada ahli Parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata reka bentuk model kereta itu nampak menarik tetapi mahu memandu uji dahulu untuk mengetahui prestasi kenderaan.
Bagi Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, reka bentuk model Boyue wajar dipuji kerana menampilkan ciri-ciri teknologi terbaru dan yakin model kereta itu akan diminati ramai.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berpandangan walaupun rekaan kereta buatan China itu menarik, tetapi beliau masih menunggu harga yang ditawarkan Proton untuk orang ramai.
Turut hadir ke tapak pameran itu adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan, dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Pameran kereta itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini hingga Khamis ini.
Pada Jun lalu, Proton Holdings mengumumkan model Geely Boyue sejak usaha sama dengan Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) pada Mei yang menyaksikan separuh daripada kepentingannya diambil alih gergasi otomobil China.
Geely Boyue buatan China akan dipasang di kilang Proton di Tanjung Malim, dan menurut beberapa laporan, ia bakal dinamakan sebagai Proton Bayu.
SUV 5-seater itu berukuran menyerupai Honda CR-V. Di China, ia ditawarkan dengan enjin 1.8 dan 2.4 liter. Proton-Geely menyasarkan untuk mengeluarkan 280,000 kereta bagi pasaran China-Asia Tenggara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment