Write For Us

CEO baru Bernama diumum minggu depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Bernama akan diumumkan minggu depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Gobind berkata demikian hari ini ketika ditanya berhubung calon CEO baru agensi berita itu.
“Saya akan umumkan minggu depan,” katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa wartawan veteran Wan Hamidi Hamid akan mengisi jawatan itu bagi menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang bakal bersara bulan hadapan.
Sebelum ini Wan Hamidi pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan The Star sebelum mengemudi akhbar Rocket milik DAP.
Spekulasi itu mendapat kritikan sesetengah pihak termasuk daripada kakitangan Bernama yang bimbang jika sikap "tidak berpihak" agensi itu selepas pilihan raya umum 9 Mei akan terjejas.
Ketika ditanya lanjut nama yang disenaraikan bagi jawatan itu, Gobind meminta semua pihak supaya bersabar sehingga minggu depan.
“Tunggu, kita akan buat pengumuman,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment