Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoalkan kewajaran polis memberi kelulusan permit kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam menganjurkan ceramah politik yang menghentam kerajaan, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nazri juga menuntut penjelasan sebetulnya daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu berat sebelah pemberian permit di antara debat dan ceramah politik.
"Saya pun rasa hairan. Apa polis ini fikir?
"Kalau ada debat Dr Mahathir mengata apa tentang Datuk Seri Najib, saya boleh jawab.
"Tapi dia bagi permit untuk ceramah, saudara dengar apa Dr Mahathir cakap, dia kata Perdana Menteri Datuk Najib penyangak, perompak, pencuri duit..saya tak boleh nak jawab sebab apa? Ini ceramah politik dia. Dia ready ucapan, bukan perbahasan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam Alumni Kelab Umno Luar Negara di Kuala Lumpur malam tadi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment