Write For Us

Cikgu didenda RM5,000 sembunyikan harta curi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
“Dalam dunia ini, kita tidak boleh terlalu mudah percayakan orang, ada sahaja cara orang hendak menipu.
“Jadi cikgu, kita kena ambil pengajaran. Saya sendiri, ada dihubungi orang yang mendakwa dari Mahkamah Putrajaya. Agak-agaklah hendak menipu, mahkamah mana buka hari Ahad,”
Itu tegur Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa, 7 Januari.
Teguran itu dibuat terhadap tertuduh, Haslina Mohd Dewa, 48, yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan dan mengalihkan harta melalui akaun bank pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menyembunyikan dan mengalihkan harta menerusi akaun Hong Leong Bank milik sendiri iaitu wang hasil penipuan urusan jual beli kereta daripada P Subahtra berjumlah RM23,200 di Hospital Melaka, antara jam 11.12 pagi hingga jam 4.39 petang, pada 17 Julai hingga 2 Ogos tahun lalu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment