Write For Us

Copy of 45% kontrak projek LRT 3 diperuntuk kepada syarikat Bumiputera - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 45 peratus daripada jumlah kontrak Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang bernilai RM9 bilion kepada syarikat bumiputera menerusi inisiatif 'carve out and compete'.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata menerusi inisiatif ini syarikat bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan, berlandaskan merit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera hari ini.
Menurut beliau, daripada empat kategori utama ini, 120 pakej subkontrak bagi keseluruhan kerja sivil bernilai RM60 juta akan diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera gred G2-G4.
Bagi kontraktor Gred G5-G6 pula, mereka berpeluang membida 64 pakej bernilai RM240 juta dalam kerja sivil manakala beberapa pakej utama bernilai RM2.5 bilion termasuk pembinaan jejambat dan stesen keretapi diperuntukkan kepada kontraktor gred G7.
Kerja-kerja sistem dan bahan binaan lain yang dianggarkan sebanyak RM1.25 bilion akan turut diperuntukkan, katanya.
Menurut Perdana Menteri, inisiatif 'carve out and compete' yang dikelolalan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) setakat ini telah merekodkan pencapaian amat memberangsangkan dan terbukti membantu meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pelbagai projek mega.
Najib mengambil contoh kejayaan insiatif 'carve out and compete' dengan menyatakan jumlah projek untuk syarikat bumiputera di bawah projek transit aliran massa (MRT) laluan 1 dan 2 adalah melebihi 45 peratus dengan nilai lebih kurang RM22.4 bilion.
Menurutnya lagi, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak juga telah memperuntukkan sebanyak RM8 bilion atau 53 peratus daripada nilai keseluruhan projek kepada syarikat bumiputera.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment