Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan telah diambil terhadap anggota parlimen BN yang ponteng ketika pengundian belah bahagi, yang menyaksikan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa hampir tidak diluluskan.
"Saya sudah ambil tindakan. Saya juga sudah tegur mereka yang mereka perlu lebih serius dalam soal menghadiri sidang (Parlimen)," kata Zahid yang juga ketua whip BN, pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 20 November lalu, G Manivannan (PKR-Kapar) mengejutkan BN dengan mengusulkan undi belah bahagi diadakan bagi perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2018 KPDNKK.
Ia diluluskan hanya dengan satu undi majoriti, iaitu 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah. Dua lagi pula berkecuali.
Lebih daripada 80 anggota parlimen BN tidak hadir ketika itu.
"Sebab itu saya sudah beri teguran kepada mereka," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment