Write For Us

Covid-19: 822 kes baru, 2 kematian, kes di Sabah menurun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
52 Views
Published
Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia terus berada pada tiga digit, iaitu pada 822 kes berbanding 869 dan 972 kes yang dicatatkan semalam dan Isnin lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 42,872 kes dengan kes aktif sebanyak 11,497.

Dia berkata daripada kes baru itu, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 258 kes, namun menyaksikan penurunan berbanding semalam iaitu 397 kes.

Sementara itu Dr Noor Hisham turut mengumumkan seramai 769 pesakit Covid-19 sembuh hari ini.

Terdapat pertambahan dua kematian hari ini menjadikan jumlah kematian mencecah 302 kes.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment