Write For Us

Covid-19: 919 kes baharu, 969 sembuh, 1 kematian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
47 Views
Published
Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia terus berada pada tiga digit, iaitu 919 kes berbanding 822 dan 869 kes yang dicatatkan semalam dan Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 43,791 dengan kes aktif sebanyak 11,419.

Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 318 kes namun Negeri Sembilan menyaksikan peningkatan kes berbanding semalam iaitu 240 kes.

Sementara itu Dr Noor Hisham turut mengumumkan seramai 969 pesakit Covid-19 sembuh hari ini.

Terdapat pertambahan satu kematian hari ini menjadikan jumlah kematian mencecah 303 kes.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment