Write For Us

Cuepacs rayu tangguh tutup pejabat Tourism Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menangguhkan penutupan pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara bagi memberi ruang kepada kira-kira 230 kakitangan terlibat membuat persediaan.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata penutupan serta merta 14 pejabat pelancongan itu dilihat terlalu drastik memandangkan kakitangan terlibat perlu menguruskan hal seperti pertukaran, mencari rumah dan perpindahan sekolah anak.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Cuepacs pada Rabu.
Pada 23 Jan lalu, menteri itu mengumumkan penutupan itu berkuat kuasa serta merta bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi destinasi pelancongan di negara ini.
Beliau menjelaskan langkah yang dijangka menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun itu tidak melibatkan pemberhentian kakitangan, sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment