Kira-kira 2.3 juta pembayar cukai menerima khabar gembira menerusi Bajet 2018 apabila kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pengurangan cukai itu akan dinikmati oleh golongan pendapatan pertengahan (M40) atau isi rumah berpendapatan RM9,000 ke bawah.
"Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
"Pertama, ia merangkumi banjaran pendapatan bercukai daripada RM20,001 hingga RM35,000, kadarnya diturunkan daripada lima peratus kepada tiga peratus. Kedua, banjaran pendapatan bercukai daripada RM35,001 hingga RM50,000 pula kadarnya diturunkan daripada 10 peratus kepada lapan peratus. Ketiga, banjaran pendapatan bercukai daripada RM50,001 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus," katanya.
Najib berkata, langkah itu akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000.
Katanya, ini bermakna dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna, dapat dibelanjakan oleh rakyat.
"Dengan langkah ini juga, lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment