Write For Us

Cukup SD tukar kerajaan: Sanusi temberang, kata Khalid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menyelar kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Noor bahawa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Khalid dalam satu temubual di platform online, kenyataan Sanusi itu tidak boleh dipercayai kerana sebarang gerakan besar yang mahu menukar kerajaan biasanya dilakukan dalam keadaan senyap seperti Langkah Sheraton.

Sebelum ini Sanusi dilaporkan berkata PN sudah mempunyai SD yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan dan hanya menunggu hari untuk mengumumkan.


sumber - https://www.facebook.com/pakatanharapan.my/videos/871666641263496
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment