Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak pernah menutup siasatan kes kehilangan Paderi Raymod Koh, yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki di Petaling Jaya, pada 13 Februari lalu.
Kata Khalid, ini berikutan seorang individu ditahan di utara tanah air minggu lalu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
"Tidak betul, kita tidak pernah tutup. Ini kes culik, sudah tentu kita siasat.
"Kita terima banyak gangguan pada peringkat awal siasatan. Sudah banyak kali saya beritahu biar polis siasat dulu, jangan beri publisiti.
"Tindakan itu mencacatkan siasatan kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis ke-210 di Bukit Aman hari ini.
Menurut Khalid, siasatan bukan saja menjurus kepada kehilangan Raymond malah menyiasat laporan oleh orang awam yang mendakwa beliau menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam.
"Setiap laporan yang diterima kita perlu siasat supaya adil dan tidak menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat," katanya.
Raymond didakwa dilarikan sekumpulan lelaki bertopeng, yang menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam dan sebuah kereta berwarna kelabu pada 10 pagi di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya.
Polis mengesahkan penculikan itu dilakukan secara terancang membabitkan tujuh kenderaan dan 15 individu bertopeng dipercayai mahir dalam mengendalikan operasi khas.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment