SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Jerneh, Brisu di Alor Gajah mencatatkan bilangan murid paling sedikit di Melaka iaitu 16 orang dan hanya seorang murid bagi kelas Tahun Satu dan Tahun Lima.
Guru Besar sekolah berkenaan, Mustafa Kamal Mohd Nor berkata, daripada jumlah itu, 10 adalah murid lelaki dan enam perempuan termasuk hanya seorang murid perempuan Tahun Satu dan Tahun Lima.
"Nur Zahirah Aisyah Muhamad Zuhaili, 7, dari Kampung Sungai Jerneh satu-satunya murid kelas Tahun Satu selain kelas Tahun Dua, enam murid, Tahun Tiga (3), Tahun Empat (2), Tahun Lima (1) dan Tahun Enam tiga murid.
"Bagaimanapun, ada kelas yang digabungkan menjadi satu kelas iaitu Tahun Dua dengan Tahun Tiga manakala Tahun Empat dengan Tahun Lima.
“Hanya Tahun Satu dan Enam dikekalkan sebagai satu kelas kerana memerlukan perhatian khusus untuk awal persekolahan dan menghadapi peperiksaan UPSR.
"Keseluruhannya, SK Sungai Jerneh mempunyai 16 murid iaitu bilangan murid paling sedikit bagi SK di negeri ini pada tahun ini," katanya ketika ditemui media di sekolah berkenaan hari ini.
Menurut beliau, tahun ini kali pertama SK Sg Jerneh yang sebelum ini dikenali mempunyai jumlah murid paling sedikit merekodkan hanya seorang murid Tahun Satu.
"Mengikut pendaftaran prasekolah, sepatutnya ada empat murid bagi kelas Tahun Satu namun hanya Nur Zahirah yang hadir manakala tiga murid lagi bertukar ke sekolah lain.
"Walaupun hanya seorang murid, sesi pembelajaran untuk Nur Zahirah diteruskan seperti biasa dan dia boleh berinteraksi secara terus dengan guru mata pelajaran," katanya.
Tahun lalu, SK Sungai Jerneh merekodkan seramai 31 murid Tahun Satu hingga Enam dan 29 murid pada 2018.
Sementara itu, Nur Zahirah Aisyah berkata, dia gembira walaupun tidak mempunyai rakan sekelas kerana dapat berinteraksi terus dengan guru.
"Seronok belajar seorang sebab tak ada kawan kacau saya belajar.
"Kalau tak faham pun, tak ada orang akan ketawa kalau saya tanya terus dengan cikgu," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment