Write For Us

Dadah: AADK perlu lihat semula aspek penguatkuasaan, pemulihan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diarah melihat semula aspek penguatkuasaan dan pemulihan bagi menangani isu penagihan dadah di kalangan masyarakat yang tidak berkesudahan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha memerangi dadah di negara ini masih belum berjaya sepenuhnya walaupun Dasar Dadah Negara sentiasa berubah dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Beliau berkata sebagai agensi utama dalam hal berkaitan pencegahan dadah, AADK perlu terkehadapan dan berinovasi dalam aspek penguatkuasaan dan pemulihan yang digunakan kerana pengedaran dan pembuatan bahan terlarang itu telah berubah kepada kaedah bukan konvensional.
"Walaupun dadah adalah satu isu global, kita tetap perlu melakukan yang lebih baik bagi menangani dan mengatasi isu yang berpanjangan ini.
"Sebab itu saya telah minta Ketua Pengarah AADK (Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin) untuk melihat semula apa yang tidak kena dengan sistem sedia ada atau kesilapan yang wujud dari segi penguatkuasaan dan pemulihan yang dilaksanakan selama ini," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mahu AADK menjalin kerjasama lebih erat dengan agensi berkaitan di peringkat antarabangsa dalam menjamin langkah lebih efisien dapat dilakukan bagi menangani isu pengedaran dan pembuatan dadah yang semakin canggih ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata AADK juga perlu berevolusi dalam tindakan yang dilakukan sebagaimana perubahan aspek penghasilan dadah yang bertukar kepada dadah jenis sintetik, satu anjakan yang boleh mendatangkan lebih banyak bahaya kepada masyarakat.
"Dadah jenis sintetik ini boleh dihasilkan dengan hanya mempelajarinya di internet dan atas sebab itu, AADK mesti lebih 'bijak' dan terkehadapan dalam setiap aspek berbanding pengedar dan pengeluar bahan larangan itu," katanya. - BERNAMA
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment