Write For Us

Daftar e Bil, menang hadiah percutian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyasarkan seramai 600,000 daripada 2.4 juta pelanggan mendaftar e-bil sehingga 30 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata, bagi menggalakkan pendaftaran dalam kempen Jom e-Bil itu Air Selangor turut menawarkan hadiah percutian ke London dan Paris.
Air Selangor turut menganjurkan Peraduan Cari, Daftar & Menang di mana orang ramai digalakkan merujuk pelanggan lain untuk menyertai e-Bil.
Pelanggan yang mempunyai rujukan paling tinggi akan berpeluang memenangi pakej percutian ke luar negara dan 30 hadiah lain.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor, pada Sabtu, 18 Januari.
Menurutnya, pelanggan turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bulanan iaitu rebat air sehingga RM10 selama 10 bulan.
Hadiah utama cabutan bertuah kempen ini adalah sebuah kereta mesra alam Myvi 1.5 Auto.
Kempen Jom e-Bil ini membabitkan pengguna sedia ada dan pengguna baru e-Bil Air Selangor yang mendaftar e-Bil dari 1 Januari 2019 sehingga 30 April 2020 dengan peluang sama rata bagi cabutan bertuah.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment