Write For Us

'Dah besar nak jadi polis...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
"Saya nak ke sekolah, nanti nak jadi polis".



Kata-kata itu diluahkan Ahmad,7 tahun, yang sah berada dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak (RKK) bermula Selasa.



Dia dibawa pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan ke Mahkamah Kanak-Kanak bagi mendapatkan perintah jagaan sementara bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan untuk mengesan waris.



Kelihatan riang dengan pakaian baru yang disediakan RKK, Ahmad turut menjawab beberapa soalan ketika berbual dengan Pengarah JKMWPKL Wan Noraidah Wan Mohd Zain dan Ketua Bahagian Kaunseling jabatan, Nuridawati Mohd Noor.



Ditanya mengenai perasaannya berada di tempat baru, Ahmad berkata, dia mempunyai ramai kawan dan seronok berada di RKK, namun rindu untuk bersama ayahnya.



Sementara itu Wan Noraidah berkata, perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 19 (2) membolehkan Ahmad diletakkan di bawah RKK sementara siasatan dijalankan untuk mengesan warisnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment