Seorang lelaki berusia 53 tahun yang video kereta dipandunya menyeret sebuah motosikal tular di media sosial, ditahan polis kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.11 tengah malam dan siasatan awal mendapati pemandu itu terlebih dahulu melanggar motosikal berkenaan yang diletakkan di tepi sebuah kedai nasi kandar di Jalan Gudwara.
Katanya, pemandu terbabit kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk diambil sampel darah bagi ujian alkohol dan ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment