Write For Us

Dahlia |Encik Suami Mat Salih Celup| Episod 1

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
846 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila
pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal
pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim ,
Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya.
Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora. Iman yang
pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya
untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak
menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari
pertunangannya yang putus.
Pertemuan pertama agak janggal pada Iman . Apabila seorang pemuda
memperkenalkan diri beliau iaitu anak kepada rakan mama Iman
langsung meninggalkan pemuda tersebut di dalam butik mamanya
akibat terlalu terkejut. Setelah menerangkan kejadian yang
menimpa keluarga Iman dan dirinya sendiri, Ian akhirnya bersetuju
untuk menggantikan pengantin lelaki sebagaimana cadangan uminya.
Setelah ijab kabul diantara Ian dan Iman termeterai, Umi mentua
Iman meminta Iman 'memelayukan' Ian yang selama ini membesar di
luar negara.
Fasa pertama perkahwinan Iman cuba menerima kehadiran Ian . Cuba
mengenali Ian banyak perkara yang lucu diantara mereka. Kehadiran
Iman juga memulihkan perhubungan antara Umi dan Ian sendiri. Ian
sebenarnya berdendam dengan Umi kerana terpaksa membesar di luar
negara bersama nenek di luar negara yang begitu asing buat Ian
ketika itu. Ketika itu Umi tidak mempunyai pilihan demi menjaga
hubungannya dengan ibu mertuanya. Walau berat hati umi
meninggalkan Ian tetapi umi terpaksa atas desakan neneknya.
Rumah tangga yang mula berseri mula dilanda ombak apabila bekas
tunang (Naim), Iman muncul semula dan mahukan Iman kembali.
Walaupun ditepis dan ditolak akhirnya mengundang perselisihan
faham. Perkara yang ungkit oleh Ian adalah perempuan yang tidak
sedar diri kerana Ian telah menyelamatkan keluarga Iman dari
malu. Iman terasa terhina bila Ian mengungkit kisah lama.
Dalam hubungan yang tidak berapa baik , kemunculan seorang model
cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian makin
mengeruhkan keadaan. Iman sepakin pasrah bila Ian bersetuju untuk
berkahwin dengan Keisha Adriana. Hubungan diantara Ian dan Iman
semakin jauh dan asing bila mereka membuat hal sendiri. Dek
kerana keputusan yang tidak difikir panjang Iman makan hati
dengan tindakannya. Sedar akan keadaan itu, Ian pula menjalankan
idea gilanya dengan bantuan orang-orang yang rapat dengan Iman .
Iman semakin tertekan bila Ian datang bersama Keisha Adriana
untuk membuat persediaan perkahwinan mereka.
Segalanya terbongkar bila Iman meluahkan perasaan pada Nuha
sahabatnya. Nuha memainkan peranan untuk mencungkil perasaan Iman
pada Ian. Ian yakin Iman mencintai dirinya kerana ego yang
menggunung telah menghalang segalanya. Akhirnya Iman akur rasa
cintanya pada Ian dan berjaya merapatkan kembali hubungan mereka
berdua.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment