Write For Us

Daim cadang bina Muzium beg tangan Rosmah di Bandar Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin mencadangkan supaya projek Bandar Malaysia menjadi taman rekreasi.
Secara berseloroh Daim juga mahu membuat muzium didalam taman rekreasi itu yang didedikasikan kepada isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Saya mencadangkan tapak lapangan terbang (Lapangan Terbang Sungai Besi lama) menjadi taman supaya semua orang Kuala Lumpur boleh menggunakannya untuk rekreasi.
"Kemudian kita boleh membina sebuah muzium untuk beg tangan Rosmah, seluruh dunia akan datang tengok," kata Daim sambil ketawa kecil.
Beliau bercakap di majlis bersama penduduk parlimen Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman.
Polis dalam serbuan di pangsapuri yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak Mei lalu merampas 284 kotak beg tangan mewah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment