Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menganggap adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Beliau berkata peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.
Memetik laporan Straits Times Singapura dalam satu temubual, Daim berkata rakyat tidak akan lagi mempercayai kerajaan yang ada jika ingkari janji rakyat.
Daim yang kini menjadi tokoh penting dalam pentadbiran baru Mahathir berkata, beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan kata-kata berikut: "
"Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya."
Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara esok. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.
Sebelum ini, Mahathir berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment