Write For Us

Dakwa ugut dipecat: Guan Eng bohong terang-terangan - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
5 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Lim Guan Eng bahawa dia pernah mengancam untuk memecat pemimpin DAP itu dari kabinetnya.

Mahathir menyifatkan kenyataan Guan Eng sebagai "pembohongan terang-terangan".

Menurut Mahathir, dia menghormati kedudukan Guan Eng sebagai pemimpin parti komponen walaupun mereka berbeza pandangan dalam perkara tertentu.

Perdana menteri keempat dan ketujuh itu mengulas tulisan Guan Eng semalam yang mendakwa Mahathir secara terbuka mengancam untuk memecatnya tiga kali semasa mesyuarat kabinet berhubung beberapa isu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment