Write For Us

Dalam 6 minggu, SKMM terima 21,296 laporan hina raja, agama, kaum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 21,296 laporan berhubung kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja (3R - race, religion and royalty) dalam tempoh enam minggu pertama.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang menjawab di Dewan Rakyat mewakili Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkata, angka itu direkodkan sejak platform khas isu tersebut diwujudkan pada 17 Ogos lalu.
“Daripada jumlah keseluruhan maklumat yang diterima SKMM, 19,968 masih dalam proses pengesahan manakala 259 maklumat yang diterima telahpun diambil tindakan.
“Tindakan yang diambil termasuk memulakan siasatan terhadap penyebar maklumat berkenaan, laporan penyalahgunaan dan penurunan kandungan dengan kerjasama pihak penyedia platform media sosial serta merujuk kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan susulan,” katanya di Dewan Rakyat sebagai wakil Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith yang sebelum itu pitam pagi tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment