Write For Us

DAP buat laporan polis pada Mastura selepas 48 jam berlalu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Ketika permohonan maaf Siti Mastura Muhammad tidak tiba-tiba, pemimpin DAP tampil membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kepala Batas itu.

Ini semua gara-gara tuduhannya bahawa Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng dan perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.

Anggota parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam laporan polis yang kandungan dikongsi dengan media itu, Syerleena berkata kenyataan Mastura melalui video di Youtube itu tidak berasas, fitnah, palsu dan berniat jahat.

Rujukan: https://www.malaysiakini.com/news/686014
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment