Write For Us

DAP dakwa dapat 'layanan khas' dari ROS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke mendakwa parti itu menerima 'layanan khas' daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelang pemilihan semula parti itu 12 November depan.
Beliau berkata demikian berikutan surat ROS bertarikh 21 September menyatakan DAP perlu menerbitkan notis rasmi mengenai pemilihan semula itu dalam akhbar-akhrbar utama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ia diadakan.
Ia perlu disertakan dengan alamat web di mana perwakilan boleh menyemak kelayakan mereka untuk mengundi dalam pemilihan semula itu.
Ini merupakan tambahan terhadap amalan biasa yang mewajibkan parti menghantar notis terus kepada perwakilan bersama notis disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil.
"Memang dalam pemilihan semula ini, DAP dilayan khas oleh ROS. DAP dilayan khas sebab tak pernah ada syarat-syarat macam ini dikenakan pada mana-mana parti politik […]
"Jadi syarat-syarat ini juga boleh dikatakan unprecedented dalam sejarah politik di negara ini.
"Namun begitu, DAP bersedia untuk memberikan kerjasama dan kita terpaksa mematuhi syarat-syarat sebegitu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment