Program Dialog Perjuangan 4 All di Balik Pulau yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan UMNO malam semalam menjadi medan menyerang parti DAP.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika berucap dihadapan kira-kira 300 penonton memulakan penerangan dengan membongkar asal usul parti DAP yang dikatakan benih dari PAP (People Action Party) dari Singapore.
"Dasar DAP adalah dasar PAP
"Kita jangan lupa kita bukan berlawan dengan PAS, PKR atau BERSATU sebab apa kerana mereka datang dari UMNO.
"Habis yang lawan siapa? Yang lawan sebenarnya adalah BN lawan DAP" kata Annuar penuh bersemangat.
Annuar turut mendakwa DAP mengamalkan politik perkauman terutama politik menakutkan orang Cina kerana sebelum wujudnya parti DAP yang ada hanya politik perpaduan.
"Sebelum ada DAP tiada politik perkauman yang ada melainkan politik perpaduan antara kaum-kaum dipelopori Perikatan yang kemudiannya menjadi BN.
"Politik yang menjadikan orang cina takut dan gusar marah dan Ini Kalilah adalah dibawa oleh DAP" tambah Annuar lagi
Program itu turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan Prof Madya Datuk Dr Junaidi Abu Bakar yang bertindak sebagai moderator.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment