DAP hari ini menyerahkan tugas menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam perbahasan di Dewan Rakyat kepada dua anggota parlimennya.
Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, perbahasan itu akan diketuai oleh anggota parlimen Puchong, Gobind Sing Deo dan disertai oleh anggota parlimen Raub Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang juga adalah penulis blog Sakmongkol Ak47.
"Kesemua 36 Ahli Parlimen kita akan menentang rang undang-undang (itu).
"Kita akan beri penghujahan kenapa kita tak bersetuju dalam perbahasan itu nanti dan kita telah melantik sekurang-kurangnya dua anggota parlimen.
“Ia akan diketuai oleh MP Puchong serta berkemungkinan besar MP Raub akan diberi peluang untuk mewakili DAP untuk berhujah mengapa kita tak sokong RUU355 dalam perbahasan," kata Anthony dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Mengulas keputusan itu, Mohd Ariff berkata penghujahan bagi menentang RUU355 bukanlah kerana DAP parti anti-Islam.
"RUU355 ini kalau kita tengok adalah satu usaha untuk membuat Islam kembali hebat tapi cara PAS buat kita tak setuju tetapi bila kita tak setuju bukan bermakna kita anti-Islam.
"Kita nak beritahu kedudukan dan pendirian DAP, ini pendirian rasmi pembangkang kita akan tolak RUU355 tetapi kita ada penghujahan sendiri dan kalau didebatkan pun saya akan ambil bahagian," kata Mohd Ariff.
Cadangan meminda undang-undang yang turut dikenali sebagai Akta 355 itu dimulakan oleh PAS melalui usul persendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku anggota parlimen Marang.
Ia bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum yang dikenakan oleh mahkamah Syariah kepada penjara 30 tahun, 100 sebatan dan denda RM100,000.
Bagaimanapun pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen kali ini.
Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan secara berasingan dengan semua pemimpin parti komponen BN berhubung isu pindaan berkenaan.
Namun sehingga hari ini belum ada kenyataan atau pendirian rasmi parti-pati komponen lain mengenainya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment