Write For Us

DAP tuntut Kastam jelas hutang GST 12 PBT Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun ini sekitar RM40 hingga RM42 bilion berbanding RM41.2 bilion pada 2016.
Bagaimanapun, dari keseluruhan jumlah itu lebih RM 36 juta adalah hasil perolehan kutipan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, kata ADUN Balakong dari DAP, Ng Tien Chee.
"Berikutan keberkesanan itu, saya pula ingin bertanya bagaimana pula dengan jumlah GST yang Kastam masih berhutang dengan 12 PBT di dalam negeri Selangor sejak September 2016.
"Menurut maklumat yang diperolehi pada tahun 2016 sahaja pihak Kastam masih berhutang RM36,182,986.95 kepada 12 PBT dalam negeri Selangor," kata Ng dalam sidang medianya di Pusat Khidmat Serdang-Balakong hari Ini.
Mengulas lanjut, Ng berkata apa yang berlaku itu adalah tidak boleh diterima.
"Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana menurut Kastam semua kutipan cukai GST akan dibayar kepada pemohon dalam masa 28 hari sekiranya tuntutan dibuat dalam masa yang terdekat.
"Kalau menurut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Seksyen 64 bahawa cukai GST tidak dikenakan keatas apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri melainkan jika diarahkan oleh pihak menteri seperti mana yang disiarkan dalam portal," kata Ng.
Katanya, ia juga diintimidasikan keatas mana-mana badan berkanun yang mengawal selia penguatkuasaannya.
Justeru, Ng meminta campur tangan kerajaan pusat dalam perkara itu namun berkata setiap tiga bulan ahli majlis akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kastam bagi membincangkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment