Write For Us

Dapur Panas (Season 4 & 5) (2014) | Episod 3 (S5)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Program Dapur Panas terbitan stesen televisyen TV3 bakal kembali bersiaran. Program ini dikendalikan oleh seorang chef yang tidak asing lagi dalam dunia masakan iaitu Chef Nik Michael Imran. Menerusi 9 episod Dapur Panas, Chef Nik Michael tidak akan bersendirian kerana dia akan ditemani tetamu undangan yang akan mengupas topik yang dipilih secara santai dan bersahaja sambil fokus utama masih kepada program masakan. Dalam episod mingguan, Dapur Panas akan membuka tirai dengan segmen pertama yang membawa penonton ke sebuah lokasi mengikut tema episod. Di setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai cerita unik yang tersendiri kerana tetamu akan berkongsi tentang aktiviti dan cabaran kerjaya mereka sambil menunjukkan demonstrasi tugas-tugas mereka yang mencabar. Dapur Panas tampil dengan lebih menarik menerusi segmen kedua, di mana Chef Nik Michael akan menyediakan juadah-juadah istimewa dengan berlatarbelakangkan tema lokasi seperti jeti nelayan, jentera bomba, alam semula jadi dan set penggambaran slot drama Akasia. Chef Nik Michael turut berkongsi tip menghias juadah agar nampak menarik. Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir Dapur Panas di mana Chef Nik Michael akan berkongsi resipi-resipi pencuci mulut yang enak dan berkhasiat. Selepas itu, Chef Nik Michael akan menikmati hidangan itu sambil berbual topik menarik bersama-sama tetamu di penghujung program.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment