Write For Us

Dasar baharu kitar semula plastik tahun depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan dasar baharu mengenai kitar semula plastik dan pengimportan bahan berkenaan.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata KPKT ketika ini sedang mengkaji dan memperhalusi dasar itu sebelum dijangka melancarkannya seawal tahun depan.
Katanya, dasar itu akan dirangka dengan lebih komprehensif dan akan turut mengambil input daripada kertas putih Industri Kitar Semula Plastik Malaysia, supaya boleh menghasilkan garis panduan yang lebih padu dan menyeluruh untuk memperkasakan industri plastik tempatan.
“Selain kitar semula, dasar ini juga akan merangkumi syarat-syarat berkaitan pengimportan plastik seperti kaedah pengurusan. Ia perlu melihat bagaimana kilang-kilang memproses plastik dan kemudian mengeksport ke negara lain.
“Industri plastik bernilai AS$600 bilion di peringkat dunia dan saya mahu Malaysia untuk mengambil peluang potensi ini kerana negara maju tidak sepenuhnya memberi tumpuan kepada industri ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment