Write For Us

Data peribadi lebih 220,000 penderma organ bocor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Satu lagi kebocoran data peribadi yang didedah forum lowyat.net di mana kali ini membabitkan 220,000 penderma organ warga Malaysia yang mendaftar dengan hospital kerajaan dan pusat pemindahan organ.
Kata laporan itu, maklumat kad pengenalan, nama penuh, nama saudara terdekat penderma, hubungan, nombor telefon, alamat, bangsa, jantina dan organ yang akan disumbangkan bertarikh 1997 hingga 2016 adalah difailkan secara online.

Menurut laporan itu lagi, kebocoran data itu mengandungi data yang didaftarkan di hospital kerajaan dan juga pusat pemindahan organ di seluruh negara - yang bermaksud ia diambil dari semua pangkalan data pusat.
Kali pertama rakyat Malaysia didedahkan dengan kebocoran data adalah membabitkan 46.2 juta pengguna telefon bimbit yang disiarkan oleh Lowyat.net pada 19 Oktober tahun lalu.
Setakat laporan ini disiarkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment