Write For Us

'Datuk tak payah datang jumpa kami lah' - Penduduk kg beritahu Tok Mat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Timbalan Presiden Umno yang juga calon pilihan raya kecil (PRK) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau diminta penduduk kampung di Rantau agar tak perlu berkempen untuk mendapatkan sokongan mereka.
"Semalam, saya ada di Taman Sejati Kuala Sawah.
"Bila saya jumpa mereka (penduduk), mereka kata 'Datuk, tak payah datang jumpa kami'.
"Mereka rasa bersalah saya jumpa mereka (untuk berkempen)," kata Mohamad dalam sidang media di Rantau hari ini.
Untuk rekod, Mohamad menyandang kerusi Rantau sejak 2004.
Mohamad atau yang dikenali sebagai Tok Mat juga berkata beliau dimaklumkan perkara sama ketika berkempen di Taman Bunga Raya yang terletak dalam pusat daerah mengundi Kampung Siliau.
Bagaimanapun, Mohamad menambah bahawa beliau tidak akan mengambil mudah kerana pengundi boleh berubah fikiran.
Menurut maklumat dari parlimen bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14, PH memenangi 56.5 peratus undi di Kuala Sawah, sementara BN memperoleh 39 peratus undi. Ketika itu, 42 peratus pengundi Kuala Sawah adalah Melayu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment