Write For Us

"David Teo dengan saya sudah berdamai, jangan spekulasi lagi"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over hampir naik angin apabila diasak pelbagai soalan oleh wartawan mengenai hubungan beliau dengan penerbit filem David Teo.
Walaupun berkali-kali Mat Over menjelaskan beliau sudah berdamai dengan David Teo, namun pihak media tetap mahu cuba bertanyakan soalan berbentuk provokasi kepadanya.
Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan laporan transformasi Nasional turut mengulas mengenai dua personaliti itu dan memuji mereka kerana sudah saling bermaafan.
Dalam kejadian Rabu lalu, Najib menjadi tuan rumah pada sesi dialog TN50 bersama penggiat seni di kediaman rasminya di Putrajaya.
Kekecohan berlaku apabila Teo meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat bertanyakan soalan dan cara Rosyam mengendalikan sesi dialog itu.
Bagaimanapun, belum sempat menghabiskan pantunnya, Mat Over meluru ke arah penerbit filem itu dan menamparnya kerana menyifatkannya biadap di hadapan perdana menteri.
Mat Over ditemui sejurus tamat Laporan Transformasi Nasional 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Uitm Shah Alam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment